Print
Tajuk Bolot Parkir OKU
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 23-02-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr Hajah Zuriani binti Zainal (Pengarah Hospital Port Dickson)
Maklum Balas Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak Hospital Port Dickson telah mengambil maklum berkenaan perkara di atas dan telah membuat penambahbaikan berhubung tempat meletak kenderaan khas bagi orang kurang upaya (OKU). Tambahan sebanyak 2 lot tempat meletak kenderaan khas OKU dihadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma dan 2 lot di tempat letak kenderaan awam berhampiran Kompleks Pengurusan dan ditambah dengan lot sedia ada menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5 lot. Pihak pengurusan hospital juga akan sentiasa mengingatkan pengawal keselamatanbertugas agar sentiasa peka dengan penggunaan tempat letak kenderaan khas OKU ini serta melakukan pemantauan yang berterusan. Pihak jabatan amat menghargai semua cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak bagi membantu memberikan perkhidmatan terbaik.