Print
Tajuk MASALAH PARKIR DI HOSPITAL MELAKA
Akhbar SIN CHEW DAILY DAN SINAR
Tarikh Siaran 28-01-2015
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DATUK DR. GHAZALI BIN OTHMAN, Pengarah JKN Melaka
Maklum Balas Hospital Melaka pada masa ini mempunyai 11 tempat letak kenderaan yang berkapasiti sebanyak 1,394 lot. Tempat letak kenderaan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk kegunaan pelanggan hospital, berjumlah 959 lot (69%) dan untuk kegunaan anggota hospital berjumlah 435 lot (31%). Walaupun bangunan parkir 7 tingkat telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2012, beberapa pendekatan telah dan akan diambil oleh pihak Hospital Melaka bagi mengatasi masalah kesesakan ini. Di antaranya adalah : i. Hospital Melaka telah berusaha memperluaskan perkhidmatan pakar ke Hospital Daerah iaitu Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital dan sekaligus mengurangkan kesesakan parkir kenderaan. ii. Selain itu, Hospital Melaka masih dalam peringkat cadangan untuk menyediakan perkhidmatan shuttle dari Melaka Sentral ke Hospital Melaka ulang alik setiap 30 minit. iii. Hospital Melaka juga akan meneliti semula cadangan penyewaan ruang parkir di kawasan Masjid Al Azim. Oleh yang demikian, pihak Hospital Melaka berharap agar semua pendekatan-pendekatan ini dapat memberi lebih keselesaan kepada rakyat. Pihak hospital juga amat prihatin dan sentiasa akan berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan yang terbaik kepada semua pesakit di hospital ini.