Print
Tajuk ADUAN TERHADAP SEORANG PEMBANTU DOKTOR DI KLINIK KESIHATAN KAPAR
Akhbar MAKKAL OSAI
Tarikh Siaran 02-12-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DR KOMATHI A/P BALUSAMY RADIA, Pegawai Penyeleras Aduan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang
Maklum Balas Terlebih dahulu pihak PKD Klang mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan / puan membangkitkan perkara ini melalui SISPAAA. Pihak PKD Klang amat mengalu-alukan cadangan serta pandangan daripada orang ramai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Untuk makluman tuan / puan, pihak PKD Klang telah menjalankan siasatan terhadap aduan berkenaan dan didapati berasas kerana jururawat yang terlibat tidak mengikut prosedur dengan betul semasa melakukan dressing dan juga tidak beretika semasa mengendalikan pesakit. Pihak PKD Klang telah akan mengambil tindakan tatatertib secepat mungkin terhadap kakitangan tersebut dan akan dipantau secara tegas oleh Ketua Jururawat KK Kapar. Kakitangan yang berkenaan akan dihantar untuk kursus wound care dan soft skill. Pihak PKD Klang memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi semasa berurusan dengan pihak kami. Sekian, terima kasih.