Tajuk KECEWA DENGAN PERKHIDMATAN HKL:
Akhbar Utusan Malaysia
Tarikh Siaran 03-09-2014
Kategori aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh Pengarah HKL
Maklum Balas KENYATAAN MEDIA HOSPITAL KUALA LUMPUR KECEWA DENGAN PERKHIDMATAN HKL: ISTERI SAKIT HENDAK BERSALIN TIDAK DIBERI LAYANAN SEWAJARNYA, 3 SEPTEMBER 2014, RUANGAN FORUM, UTUSAN MALAYSIA KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) merujuk kepada surat pembaca bernama Suami Kecewa, Kuala Lumpur yang disiarkan menerusi ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 3 September 2014, ingin menjelaskan bahawa aduan tersebut telahpun pihak kami terima secara rasmi menerusi emel daripada pengadu pada 28 Ogos 2014 dan maklumbalas awal telah diberikan kepada pengadu untuk memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan dan satu perjumpaan akan diadakan bersama pengadu dan isteri dalam masa terdekat. Sekian, harap maklum dan terima kasih. DATO’ DR. ZAININAH BINTI MOHD ZAIN (MPM 25004) Pengarah Hospital Kuala Lumpur