Print
Tajuk TUNTUTAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KASUT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR.
Akhbar kosmo
Tarikh Siaran 25-07-2014
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh DR. MOHAMAD BIN MAJID ) ( MPM: 24086) Timbalan Pengarah (Perubatan) I b.p Pengarah Hospital Kuala Lumpur.
Maklum Balas Tuan, MAKLUMBALAS ADUAN SMS OLEH ‘MACAM MACAM’ DI AKHBAR KOSMO BERTARIKH 25 JULAI 2014 (JUMAAT), RUANGAN SMS, MUKA SURAT 20 BERKAITAN ISU TUNTUTAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KASUT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada kiriman sms oleh ’MACAM-MACAM’ mengenai isu tuntutan pembayaran balik pembelian kasut di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 2. Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengucapkan terima kasih atas isu yang dibangkitkan dan mengambil perhatian mengenai perkara ini. Dimaklumkan bahawa tuntutan bayaran balik pembelian kasut oleh kakitangan awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat bertarikh 19 Ogos 2011, yang menyatakan anggota KKM boleh membeli sendiri kasut dari jenis kulit sepertimana yang ditetapkan dalam pekeliling berkenaan. Anggota yang telah membuat pembelian kasut seterusya boleh membuat tuntutan bayaran balik dengan mengemukakan dokumen sokongan asal yang lengkap termasuklah resit asal yang bercetak sebagai bukti. Untuk makluman, tuntutan menggunakan resit bertulis atau memo tunai (cash memo) sebagai dokumen pembelian tidak akan diterima. 3. Pihak pengurusan HKL sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sebarang maklumbalas daripada semua pihak demi menjaga kebajikan dan memastikan mutu perkhidmatan di HKL terjamin. Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, T.T ................................................ (DR. MOHAMAD BIN MAJID ) ( MPM: 24086) Timbalan Pengarah (Perubatan) I b.p Pengarah Hospital Kuala Lumpur.