Print
Tajuk Maklum Balas Paparan Akhbar Tangan Bernanah Teruk
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 10-06-2014
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr. Haji Rahimi Bin Goon , Tim Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Perak Darul Ridzuan
Maklum Balas Maklum Balas Paparan Akhbar Tangan Bernanah Teruk Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan paparan Akhbar Harian Metro,berhubung Isu “tangan Bernanah Teruk- Warga Emas Dijangkiti Kuman selepas Disuntik Doktor” bertarikh 7 Jun 2014, di Ruangan setempat ,halaman 21 adalah berkaitan . 2. Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak hospital telah mengambil maklum akan perkara tersebut dan sisatan sedang dijalankan. Untuk makluman tuan,pesakit masih menerima rawatan di hospital dan pihak hospital sentiasa memastikan pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya. Penerangan berhubung rawatan dimaklumkan oleh pegawai perubatan kepada waris pesakit dari semasa ke semasa. 3. Pihak kami akan berhubung terus dengan pesakit dan keluarga jika terdapat sebarang perkembangan atau kemusykilan berkenaan perkara ini.Sememangnya pihak jabatan dan hospital amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan dan sedaya upaya untuk memuaskan pelanggan yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital di Negeri perak ini. 4. Segala perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan amat dihargai. Sekian,terima kasih. (DR.HAJI RAHIMI BIN GOON) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri(Perubatan) b.p Pengarah Kesihatan Negeri PERAK DARUL RIDZUAN