Tajuk |
Mohon Kakitangan Bukan Doktor di Klinik Pakar Hospital Sungai Siput Supaya Mesra Dengan Pelanggan dan Fokus Semasa Bertugas |
Akhbar |
Berita Harian |
Tarikh Siaran |
12-06-2014 |
Kategori |
Aduan Akhbar |
Dikeluarkan Oleh |
Pengarah Hospital, Hospital Sungai Siput,PERAK DARUL RIDZUAN |
Maklum Balas |
Tuan,
Akaun Terima Aduan Akhbar Bertarikh 12 Jun 2014-06-13
Mohon Kakitangan Bukan Doktor di Klinik Pakar Hospital Sungai Siput
Supaya Mesra Dengan Pelanggan dan Fokus Semasa Bertugas
Adalah saya merujuk kepada Aduan Akhbar tuan mengenai perkara diatas.
2. Terlebih dahulu pihak Hospital Sungai Siput mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini. Sememangnya pihak kami amat mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan kami.
3. Pihak Hosptal Sungai Siput telah menerima aduan tesebut namun terlalu umum untuk disiasat. Mohon sekiranya pihak pengadu dapat berurusan terus dengan Pihak Pengurusan Hospital Sungai Siput bagi penjelasan yang lebih terperinci supaya pihak kami dapat membuat siasatan di atas aduan tersebut.
4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.
Sekian,terima kasih
DR.LIAW KOK TOON
Pengarah Hospital
Hospital Sungai Siput
PERAK DARUL RIDZUAN
|
|
|