Print
Tajuk Aduan Mengenai Tempat Letak Kereta Tidak Mencukupi di Hospital Besar Klang
Akhbar Nam Naadu
Tarikh Siaran 10-04-2014
Kategori ADUAN AKHBAR (SMS)
Dikeluarkan Oleh DR.SUKUMAR MAHESAN
Maklum Balas Pihak Pengurusan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),Klang prihatin dan memandang serius berkenaan isu yang telah dibangkitkan. Jumlah tempat letak kenderaan HTAR adalah sebanyak 939 lot dimana jumlah ini sememangnya sukar untuk menampung bilangan kakitangan HTAR seramai 3869 orang dan jumlah kehadiran pesakit luar sehari yang mencecah sehingga 2506 orang . Kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan (TLK) berlaku pada waktu kemuncak apabila pesakit luar mengunjungi Klinik Pakar di Kompleks Rawatan Harian,waktu melawat pesakit pada waktu makan tengahari dan petang. Untuk makluman, projek pembinaan kompleks Obstetrik & Neonatal,Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah pun dilaksanakan bermula 6 September 2013 bagi tempoh tiga(3) tahun. Projek pembinaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan wad di Bangunan Utama dan juga untuk menambahbaik perkhidmatan Obstetrik& Neonatal HTAR. Semasa kerja-kerja pembinaan Fasa II kompleks Obstetrik & Neonatal ini akan dilaksanakan, kesukaran aliran trafik di dalam kawasan hospital dan juga kesulitan untuk mendapatkan petak parkir kenderaan adalah dijangka berikutan sebanyak 368 tempat letak kenderaan berkurangan. Walaubagaimanapun, pembinaan tempat letak kenderaan baru sebanyak 420 lot dibuat untuk kemudahan kakitangan dan juga orang awam. Sebanyak 310 TLK sementara / alternatif turut disediakan yang merangkumi lokasi sebelah asrama Jururawat Terlatih , sebelah Kuarters ( padang kuarters lama) laluan belakang Kuarters dan juga kawasan Helipad. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi setiap arahan dan juga panduan tunjuk arah lalulintas yang dikeluarkan oleh pihak Hospital dari semasa ke semasa. Orang ramai juga digalakkan untuk : i. Menggunakan pengangkutan awam ii. Menurun dan mengambil penumpang sahaja(Drop Off),dan iii. Berkongsi kenderaan Sebuah bangunan yang juga menempatkan tempat letak kenderaan bertingkat akan dipertimbangkan bagi memenuhi keperluan tempat letak kenderaan pada masa hadapan. (DR.SUKUMAR MAHESAN) Pengarah Hospital Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang