Maklum Balas |
MAKLUM BALAS BERHUBUNG LAPORAN BERITA PANIK LANGGAR LIMA PESAKIT DI AKHBAR HARIAN METRO, 22 JANUARI 2014 (RABU), MUKA SURAT 8, RUANGAN SETEMPAT
KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) merujuk kepada laporan berita Panik Langgar Lima Pesakit di akhbar Harian Metro pada hari ini ingin menjelaskan bahawa hanya seorang (1) sahaja orang awam yang dilanggar dalam insiden ini semalam di perkarangan lobi Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC), HKL. Mangsa menerima rawatan segera dan kini dirawat di wad, HKL. Sementara pemandu kenderaan Myvi yang melanggar mangsa turut menerima rawatan.
”Hanya dua (2) mangsa yang terlibat dan bukan lima (5) seperti yang dilaporkan dalam laporan akhbar. Kedua-dua mangsa adalah warga emas dan berada dalam keadaan stabil di wad HKL”.
Sekian,terima kasih.
...................................................................
(DATO’ DR. ZAININAH BINTI MOHD ZAIN)(MPM 25004)
Pengarah
Hospital Kuala Lumpur
|